E-FOLIO (SUKAN DAN PERPADUAN)
1.0 PENGHARGAAN Kami ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek Komunikasi dan Penyiaran Islam kami iaitu Puan Salmi kerana telah banyak membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami dalam menyiapkan e-folio ini. Di samping itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kami kerana telah memberi kami semangat dan dorongan untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada pihak yang secara langsung dan tidak langsung membantu kami dalam menjayakan e-folio ini. Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada kawan-kawan kami yang turut membantu kami dalam menyiapkan tugasan ini. Tunjuk ajar, kerjasama dan dorongan yang diberikan oleh semua pihak membolehkan kami menyiapkan e-folio ini dengan jayanya. 2.0 PENGENALAN Sukan merupakan suatu aktiviti yang amat memberi manfaat kepada kita sama ada kepada negara atau rakyat. Menurut Utusan talian pada 22 Ogos 2016, sukan adalah antara saluran paling berkesan bagi menyatukan rakyat p...